Thursday, May 5, 2011

Tutorial Ubuntu 11.04

Apakah maksud 11.04? Perisian ini dilepaskan/release pada bulan April(selalunya hujung bulan) dan tahun 2011.
Bagaimana menggunakannya? Layan dulu video ni


Sebarang kemusykilan berkaitan silalah beritahu.

p/s: Brasero dan cd/dvd Creator tak gagal berfungsi untuk burn dvd. Tak tahu kenapa. Brasero ada error bila selesai burn dvd. Rosak dua dvd. Creator pula terus hilang ketika proses pembakaran/burning. Guna Xfburn baru berjaya. Tak tahu mengapa

Wednesday, March 30, 2011

Animasi guna OSS? Hebat!



Sintel ialah animasi 3D yang semakin popular di Youtube, dan kisahnya adalah mengenai seorang remaja yang menemui seekor anak naga dan kemudian menjadi kawan rapat. Menariknya, animasi pendek berdurasi 14:48 ini dibuat menggunakan perisian sumber terbuka Blender (blender.org) dan bukannya perisian komersial yang berharga ribuan dollar.

Bagi saya, animasi Sintel ini sangat berkualiti tinggi dan ini sekaligus mampu membuka minda orang ramai bahawa produk perisian sumber terbuka sangat bagus dan mampu menandingi perisian komersial lain.

Maklumat penuh di sini

Thursday, March 10, 2011

Avidemux untuk crop fail video/audio

 Semasa dalam M$ dulu saya gunakan Ulead Video Studio untuk edit video. Prestasi memuaskan. Namun failnya agak berat dan gunakan yg crack punya.

Bila berhijrah ke oss(ubuntu) saya gunakan avidemux untuk crop fail video. Untuk tukar video(mpg ke avi/wmv) saya gunakan WinFF. Cubalah!

Salah satu tutorial avidemux

Wednesday, February 9, 2011

Tip 1 - Muat turun video youtube dengan ubuntu

1. Buka video pilihan youtube. Contohnya ini.
2. Pilih paparan imej(resolution) tertinggi. Tentunya HD
3. Biarkan video itu berjalan
4. Open Places, File System dan folder tmp
5. Terdapat fail flash(random stuff).  Salinkan ke folder desktop/home dan namakan semula.
6. Selesai.

Susah difahami? Layan je video dibawah ni
  
- How to Download youtube videos on Ubuntu linux

Kerdi pada NickMcDTV

Tuesday, February 8, 2011

Cabaran Ubuntu 1- Menu panel hilang!

Baru je install ubuntu 10.10 kat pc di pejabat Isnin lepas..  Mulanya okey. Godek tu ni. Add game, remove program, delete icon di panel. Last sekali update.

Bila restart, aiseh! Kedua-dua panel dia(atas dan bawah) hilang! Jenuh(berpeluh ketiak) gak mencari penyelesaian

Cuba yang ini tak boleh. Yang ini pun x boleh. Akhirnya berjaya setelah cuba penyelesaian ini.

Alhamdulillah

Pengumuman blog baru

 Blog ini akan berkongsi maklumat mengenai ubuntu dan perisian sumber terbuka/open source software, OSS. Maklum balas dari anda semua amatlah dialu-alukan. Bersama-sama memajukan OSS di Malaysia.

Definasi OSS
  - kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.